Apa Khabar?

Posted on

Agak lama juga saya tidak menambahkan bahan-bahan baharu dalam blog ini.  Belakangan ini banyak kekangan yang menyebabkan saya tidak dapat menyelitkan sesuatu yang terkini untuk anda. Kesibukan akhir-akhir ini agak luar biasa. Hal-hal remeh yang perlu disiapkan hampir-hampir membuang masa yang berharga.  Dua kajian tindakan yang dirancang belum lagi nampak hasilnya kerana hal-hal remeh seperti tugas-tugas bukan mengajar yang kadangkala nampak membebankan walaupun tidak serumit mana. Saya amat bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa untuk mengkaji bebanan tugas guru di sekolah-sekolah. Tugas-tugas renyah inilah yang sering mengganggu tugas hakiki seorang guru. Tugas-tugas sebeginilah yang sering membuatkan saya tidak dapat merancang aktiviti P&P dengan baik sehinggakan kadang-kadang terpaksa masuk ke dalam kelas tanpa persediaan yang secukupnya. Paling menyedihkan, buku rekod mengajar tidak sempat ditulis dengan sewajarnya dek kesibukan melaksanakan tugas-tugas tambahan yang nampaknya kelihatan menjadi tugas utama! Saya berpendapat bahawa saudara dan saudari juga menghadapi situasi yang sama. Fenomena ini bukan berlaku di mana-mana sekolah tertentu sahaja, malahan hampir semua sekolah di negara kita menghadapi situasi yang sama. Saya tidak pasti situasi di sekolah berasrama penuh ataupun di MRSM atau di SBT? KPM harus bertindak segera! Tapi… untuk mendapatkan maklumat sebenar tentang beban kerja guru, pihak KPM tidak perlu bertanya kepada Pengarah Pelajaran Negeri… atau pegawai PPD atau Pengetua/Guru Besar. Sebabnya….mereka sebenarnya tidak berapa tahu tentang BEBAN kerja guru. KPM seharusnya turun padang dan langsung berjumpa dengan guru-guru untuk menilai sejauh manakah BEBAN yang dimaksudkan itu?

One thought on “Apa Khabar?

    Marilyn H said:
    September 24, 2021 at 8:44 pm

    Nicce share

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s