Latest Event Updates
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2018
Assalamualaikum wbt,
Saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM 2018 kepada semua calon SPM tahun ini. Didoakan agar kalian dapat menjawab soalan SPM kali ini dengan jayanya. Semoga Allah permudahkan kalian untuk menjawab soalan dan seterusnya mendapat keputusan yang yang cemerlang. Amin
SOALAN PERCUBAAN SPM 2018
Assalamualaikum wbt.
Apa khabar semua pelayar laman bahasa?
Seperti biasa setiap tahun penulis akan memasukkan koleksi soalan percubaan SPM ke dalam blog laman bahasa.
Oleh itu, penulis amat mengharapkan sumbangan soalan percubaan SPM 2018 sama ada soalan negeri/daerah/sekolah masing-masing.
Mohon tuan/puan yang ingin berkongsi soalan hantarkan ke e-mel penulis iaitu bpjsp04@yahoo.com
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada calon-calon SPM dan guru-guru bahasa Melayu.
Terima kasih.
SEMINAR A+ (BAHASA MELAYU & SEJARAH)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sekali lagi pada tahun ini saya dan rakan-rakan akan menganjurkan SEMINAR A+ (BM & Sejarah).
Calon-calon SPM yang berminat bolehlah menghubungi urus setia seminar seperti yang terdapat dalam brosur untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Cepat, tempat terhad.
SEMINAR A PT3 2016 (BM, Matematik & Sains)
Asssalamualaikum wbt…
Salam sejahtera kepada semua pengguna laman bahasa.
Satu seminar untuk calon-calon PT3 akan diadakan pada 31 Ogos 2016 (Rabu) untuk subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Sains.
Murid-murid Tingkatan 3 yang berminat bolehlah menghubungi urus setia seminar seperti yang terdapat dalam brosur untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Cepat, tempat terhad.
Terima kasih.
MAKLUMAN TENTANG CERAMAH TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU
Assalamualaikum wbt
Pada tahun ini, saya terpaksa menolak semua jemputan untuk mengadakan ceramah teknik menjawab Bahasa Melayu. Saya memohon maaf kepada guru-guru yang telah menghubungi saya kerana menolak jemputan untuk berceramah. Sebabnya banyak, namun biarlah saya katakan punca saya tidak mahu berceramah lagi ialah SEBAB-SEBAB PERIBADI.
Sekian.
SELAMAT MENDUDUKI SPM 2015
Assalamualaikum wbt
Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM kepada semua calon SPM 2015. Semoga semua calon dapat menjawab soalan dengan baik dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.
SELAMAT MAJU JAYA.
Cikgu Samsudin Sarif
LAMAN BAHASA.
ANALISIS SOALAN PERCUBAAN SPM 2015
ANALISIS SOALAN PERCUBAAN SPM 2015
Soalan 2 (b) : Cerpen / Drama
Bil | TAJUK | NEGERI | CATATAN |
1 | IBU DAN CEPER | Kelantan, SBP | Ting 4 |
2 | MELLISA | Perlis | Ting 4 |
3 | BIARKAN SAMUDERA | Kedah | Ting 4 |
4 | PAHLAWAN BUNTUNG | Terengganu | Ting 5 (JUN 2015) |
5 | IDOLA | Pulau Pinang, N. Sembilan | Ting 5 |
6 | TANGGAR AMANAT | MRSM | Ting 5 |
7 | PEMAIN CATUR | Pahang | Ting 4 |
8 | TIANG CENGAL DINDING SAYUNG | YIK | Ting 5 |
Soalan 2 (c) : Prosa Klasik
Bil | TAJUK | NEGERI | CATATAN |
1 | PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA | Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Pulau Pinang | Ting 4 |
2 | MERAH SILU | MRSM | Ting 4 (NOV 2012, JUN 2015) |
3 | HIKAYAT SIAK | Perlis | Ting 5 (JUN 2012) |
4 | DUA GELIGA HIKMAT | SBP | Ting 5 (NOV 2011) |
5 | HIKAYAT KHOJA MAIMUN | YIK | Ting 5 (JUN 2013) |
Soalan 2 (d) : Puisi
Bil | TAJUK | NEGERI | CATATAN |
1 | GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM | Pulau Pinang, YIK | Ting 4 |
2 | PANTUN LAPAN KERAT | Terengganu | Ting 5 (JUN 2015) |
3 | SYAIR PEMBERONTAKAN PATANI | MRSM | Ting 5 |
4 | GURINDAM TONGGAK DUA BELAS | Kedah, Perlis, Kelantan, Negeri Sembilan. | Ting 5 |
5 | Sajak PASAR PERASAAN | SBP | Ting 5 |
Soalan 3 (b) : Sintaksis
Bil | TAJUK | NEGERI | CATATAN |
1 | MENCERAKINKAN AYAT | Kedah, Negeri Sembilan | |
2 | AYAT AKTIF dan AYAT PASIF | Perlis, Pulau Pinang | |
3 | JENIS-JENIS AYAT | Kelantan, Terengganu, SBP | |
4 | AYAT AKTIF TRANSITIF dan AYAT AKTIF TAK TRANSITIF | MRSM | |
5 | GOLONGAN KATA | YIK | |
6 | |||
Soalan 4 (NOVEL)
Bil | TAJUK | NEGERI | CATATAN |
1 | a. Dua peristiwa pada peringkat peleraian.
b. Persoalan – semangat kerjasama |
Kedah | |
2 | a. Nilai pengorbanan
b. Latar tempat |
Perlis | |
3 | a. Perwatakan watak sampingan.
b. Tema |
Kelantan | |
4 | a. Nilai kemanusiaan
b. Dua tindakan watak utama yang anda tidak bersetuju dengannya. |
Terengganu | |
5 | a. Peristiwa yang menunjukkan usaha watak-watak saling membantu dalam menyelesaikan masalah.
b. Unsur saspens. |
MRSM | |
6 | a. Masalah kehidupan dalam novel dan cara menyelesaikan masalah tersebut.
b. Nilai kasih sayang |
SBP | |
7 | a. Pengajaran
b. Nilai kemanusiaan watak utama. |
Pulau Pinang | |
8 | a. Dua Teknik Plot
b. Kritikan sosial |
Negeri Sembilan | |
9 | a. Kepincangan sosial dalam masyarakat.
b. Persoalan tanggungjawab |
Pahang | |
10 | a. Satu perwatakan watak utama dan satu perwatakan watak sampingan dan perbezaannya.
b. Satu peristiwa yang menggembirakan. |
YIK | |