P dan P

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN BAHASA MELAYU

Terima kasih kepada guru yang menyumbang bahan untuk dimuat naik dalam laman bahasa.

1.  RPT TING 1

2.  RPT TING 2

3.  RPT TING 3

4.  RPT T4 2016

5.  RPT T5 2016

SKEMA JAWAPAN MODUL PECUTAN AKHIR SPM MPDCA SKEMA JAWAPAN MODUL B MELAYU 2

PANDUAN PENULISAN RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

PANDUAN PENULISAN RPT DAN RPH

—————————————————————————————————————————

PANDUAN MENJAWAB SOALAN KOMSAS

—————————————————————————————————————————-

POWER POINT KOMSAS

1.   PEMAIN CATUR

2.   PEMAIN CATUR 2

3.   MEMORI SEORANG TUA

4.   MELISSA 1

5.   MELISSA 2

6.   ISRAK

7.   BIARKAN SAMUDERA

8.   CEMPAKA BERDARAH

9.   FORUM REMAJA 2020

10.   GELANGGANG TOK WALI

11.   GELANGGANG TOK WALI 2

12.   MERAH SILU

13.   HIKAYAT LANGLANG BUANA T5

14.   HIKAYAT KHOJA MAIMUN

15.   PANTUN BUDI

16.   PANTUN JENAKA DAN SINDIRAN

17.   SELOKA MAK SI RANDANG

18.   SYAIR SITI SIANAH

19.   MENGINTAI RUANG INSAF

20.   MAHSURI

21.   MAHSURI 2

—————————————————————————————————————————————

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN TINGKATAN 1 – 5

Huraian Sukatan Pelajaran BM T1

Huraian Sukatan Pelajaran BM T2

Huraian Sukatan Pelajaran BM T3

Huraian Sukatan Pelajaran BM T4

Huraian Sukatan Pelajaran BM T5

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU KBSM.

Sukatan Pelajaran BM KBSM

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN:

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN TING 1

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN TINGKATAN 1

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN TING DUA 2011

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN TINGKATAN 4 2011

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN TINGKATAN 5 – 2011

______________________________________________________________________________________

Rizuan Atan (GCBM) Munsyi Dewan (DBP)  GRAMATIS 1 , GRAMATIS 2 , GRAMATIS 3

______________________________________________________________________________________

MARI MENDEKATI KEMAHIRAN MENULIS BERSAMA-SAMA DENGAN SAYA, DATIN MARIAM BINTI MEHAD
SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH KUANTAN, PAHANG …Muat turun KEMAHIRAN MENULIS

______________________________________________________________________________________

ENCIK AZIZUL RAHMAN BIN ABD RAHMAN – Guru Cemerlang Gred Khas C dan kini mengajar di SMK Dato` Sulaiman, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Muat turun: MODUL MERANGKA KARANGAN

______________________________________________________________________________________

PENGEMBANGAN ISI DALAM PERENGGAN MENGGUNAKAN FORMULA : SATU KREATIVITI

Datin Mariam binti Mehad , SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia.

Muat turun : FORMULA PERKEMBANGAN ISI KARANGAN

_____________________________________________________________________________________

PUAN ZALINA BT AHMAD : Muat turun – TATABAHASA

_____________________________________________________________________________________

MODUL PEMBELAJARAN KARANGAN BM STPM

oleh: NAWI BIN ISMAIL  (SM TEKNIK TERENGGANU)  Muat Turun : MODUL PEMBELAJARAN KARANGAN BM STPM

____________________________________________________________________________

Topik-topik penting tatabahasa (BOLEH JUGA DIMUAT TURUN DI HALAMAN TATABAHASA)

TOPIK 1: AYAT TUNGGAL

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal terbina dalam berbagai-bagai jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah , dan ayat seruan. Pembentukan ayat tunggal boleh terbina daripada subjek dan predikat yang terdiri daripada FN, FK, FA dan FS…. MUAT TURUN NOTA LENGKAP TOPIK 1 – AYAT TUNGGAL

______________________________________________________________________________________

TOPIK 2: AYAT SUSUNAN SONGSANG

Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan  memberikan penegasan kepada predikat. MUAT TURUN NOTA LENGKAP  TOPIK 2 – SUSUNAN AYAT SONGSANG

______________________________________________________________________________________

 

TOPIK 3: AYAT PASIF

Ayat pasif terbentuk apabila objek dalam ayat pasif transitif bertugas sebagai subjek, contohnya seperti ayat di bawah ini.

Saya sudah melaksanakan kerja itu semalam. (Ayat aktif= pelaku sebagai subjek)

Objek

Kerja itu sudah saya laksanakan semalam. (Ayat Pasif=objek sebagai subjek)

Subjek        MUAT TURUN NOTA LENGKAP  TOPIK 3 – AYAT PASIF

______________________________________________________________________________________

 

TOPIK 4: KATA MAJMUK

KATA MAJMUK

Ada dua bentuk ejaan kata majmuk, iaitu ditulis secara terpisah dan bercantum. Pada dasarnya semua kata majmuk ditulis secara terpisah. Ada tiga jenis kata majmuk yang ditulis terpisah.

Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.

Contohnya : guru besar, tengah hari, terima kasih, kapal terbang, Menteri Besar, Setiausaha Politik.

Kata Majmuk yang merupakan istilah khusus.

Contohnya : garis pusat, atur cara, lut sinar, mata pelajaran, kertas kerja, pita suara, reka bentuk.

Kata Majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa.

Contohnya: tumbuk rusuk, gulung tikar, anak emas, kaki bangku, ringan tulang.

Namun begitu, terdapat juga kata majmuk yang ditulis secara bercantum kerana penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan. Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993:75), antara kata majmuk yang ditulis bercantum ialah:  MUAT TURUN NOTA LENGKAP:TOPIK 4 – KATA MAJMUK

______________________________________________________________________________________

TOPIK 5 :  IMBUHAN ‘meN-…-kan’ DAN ‘meN-…-i’

Imbuhan apitan meN-, meN-…-kan dan meN-…-i akan membentuk kata kerja transitif yang memerlukan  objek atau penyambut sebagai unsur predikatnya.

1. Kata Kerja apitan ‘meN-…-kan’ dan ‘meN-‘

                meN-…-kan = 2 objek (objek tepat dan objek sipi)

                meN-    =  1 objek dan frasa keterangan

MUAT TURUN NOTA LENGKAP :  TOPIK 5 – IMBUHAN ‘meN-…-kan’ DAN ‘meN-…-i’

______________________________________________________________________________________

 

TOPIK 6 : KATA BANTU

Kata bantu  ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata bantu menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam dalam binaan ayat. Kata bantu dapat dikategorikan  kepada dua kumpulan iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.

(i)           Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu sama ada masa lampau, masa ini (kini) atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu aspek yang dominan dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu ialah telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula dan belum.

MUAT TURUN NOTA LENGKAP : TOPIK 6 – KATA BANTU

______________________________________________________________________________________

  TOPIK 7 : KATA ADJEKTIF

Kata adjektif ialah kata yang berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama.

Kata adjektif boleh dikenal pasti apabila sesuatu kata itu boleh menerima kata penguat.  Kata penguat ada tiga jenis, iaitu kata penguat hadapan  yang hadir sebelum kata adjektif, kata penguat belakang yang hadir selepas kata adjektif, dan penguat bebas yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

MUAT TURUN NOTA LENGKAP : TOPIK 7 – KATA ADJEKTIF

______________________________________________________________________________________

TOPIK 8 : FUNGSI –nya DALAM AYAT

Dalam Tatabahasa Dewan (1993), -nya merupakan kata ganti nama diri orang ketiga yang diletakkan pada akhir kata sahaja. Ganti nama diri ketiga, -nya digunakan apabila kita tidak mahu menyebut nama orang yang kita bercakap tentangnya sekali atau berulang-ulang kali. Sebagai contoh:

1. Saya amat simpati akan dirinya. (Saya sangat simpati akan Aina.)

2. Saya memarahi Ahmad kerana dia telah memecahkan pasunya yang mahal itu. (Saya memarahi Ahmad kerana dia telah memecahkan pasu dia yang mahal itu.)

Fungsi –nya juga dapat digantikan dengan dia atau beliau. Sebagai contoh:

MUAT TURUN NOTA LENGKAP : TOPIK 8 – FUNGSI -NYA DALAM AYAT

______________________________________________________________________________________

TOPIK 9: KATA KERJA

Kata kerja merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja terbahagi kepada dua:

  • Kata kerja transitif
  • Kata kerja tak transitif

KATA KERJA TRANSITIF (KKT)

Kata kerja yang memerlukan objek atau penyambut yang terdiri daripada kata nama untuk melengkapkan maksud ayat.

KKT boleh dikenal pasti dengan imbuhannya iaitu:

MUAT TURUN NOTA LENGKAP: TOPIK 9 – KATA KERJA

____________________________________________________________________________

TOPIK 10 : PASANGAN KATA MENGELIRUKAN

  1. 1.       KATA NAFI : tidak  –  bukan
  • Kedua-duanya ialah kata nafi. Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi untuk frasa-frasa predikat.
tidak bukan
Kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama.
Bapanya tidak pergi ke pejabat hari ini. Makanan itu bukan untuk Ali tetapi untuk Aminah.
Kenyataan yang diberinya itu tidak benar. Projek itu bukan usaha yang saya lakukan.

Nota:

  • Kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat.

Contoh:    Pak Abu bukan kaya sangat tetapi pemurah orangnya.

MUAT TURUN NOTA LENGKAP: TOPIK 10 – PASANGAN KATA MENGELIRUKAN

______________________________________________________________________________________

TOPIK 11: KESALAHAN STRUKTUR AYAT

1.            Ayat Gabungan

Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung.

Contoh:

Nani dan Nora ke perpustakaan.

Nurul  bukan saja pandai tetapi juga pemurah.

Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul.

MUAT TURUN NOTA LENGKAP: TOPIK 11- KESALAHAN STRUKTUR AYAT

______________________________________________________________________________________

84 thoughts on “P dan P

  1. normi

    salam.cikgu boleh tak saya nak tumpang ambik rancangan pelajaran ting.4.nak guna..kalau boleh tima kasih byk2..dr normi smk lunas,kulim,kedah

  2. SUHAIZAD BINTI SAAD

    Terbuka mata saya apabila melayari blog ini. Ianya banyak membantu saya memandangkan saya diarahkan mengajar mata pelajaaran Bahasa Melayu yang bukan menjadi bidang saya. Saya amat berterima kasih.

  3. Nur Azalina Mohamed Adam

    Salam.saya sangat tertarik apabila melayari blog encik.Terlalu banyak input tentang P&P yang dapat saya kongsi bersama.Tahniah dan terima kasih.

  4. Farina Aida

    ya Allah ya tuhanku, engkau kurniakan kebaikan di dunia dan di akhirat kepada insan mulia ini kerana bahan-bahan yang dipaparkan dalam blog ini sangat membantu insan yang bergelar pelajar.

  5. ain

    Assalamualaikum..
    terima kasih atas perkongsian ilmu yang diberikan..
    saya ingin bertanya satu soalan tentang nota ayat tunggal cikgu.
    bukankah dlm rumus tatabahasa, frasa yang sesuai utk diletakkan pada subjek hanya boleh menggunakan frasa nama sahaja, tetapi dalam nota cikgu terdapat contoh dengan menggunakan FA, FSN & FK..ingin mohon penjelasan cikgu.terima kasih

  6. nani

    Assalamualaikum…saya ingin meminta izin untuk emuat turun bahan-bahan yang terdapat dalam blog cikgu…minta halal…:-) semoga cikgu sentiasa sihat selalu…terima kasih

  7. penchinta bahasa

    assalammualaikum cikgu…tahniah atas usaha murni ini. izinkan saya mengembangkan lagi ilmu ini. semoga Allah swt merahmati pengorbanan cikgu dan membalas jasa cikgu. Amin…

  8. eynas

    Assalamualaikum wbt. Harap dapat halalkan bahan yang saya ambil dari blog ini. Semoga Allah swt sahaja yg dapat membalasnya. Terima ksih.

  9. Rohani

    Assalamualaikum…mohon izin untuk menggunakan segala maklumat dari blog saudara.Saya ucapkan ribuan terima kasih. Semoga usaha murni saudara ini dirahmati Allah s.w.t.

  10. roz

    Ribuan terima kasih diucapkan kerana saya telah menggunakan l maklumat RPT tingkatan 4 dan 5 yang disediakan oleh saudara.

  11. Siti Aishah

    Salam .Terima kasih atas semua sumbangan cikgu untuk membantu kami guru-guru bahasa Melayu.Allah jua yang akan membalas jasa cikgu.

  12. elsyhenry

    terima kasih cikgu…walaupun bkan berbangsa melayu tapi saya bangsa dapat mengajar bahasa melayu..byk info yg berguna untk pdp dan pelajar…tahniah.

  13. Khairida Mohamad

    Terima kasih kerana mewujudkan perkongsian yang amat bermakna ini. Perkongsian seperti ini amat membantu guru-guru bahasa Melayu seluruh Malaysia. Terima kasih sekali lagi.

  14. Roosezah

    Salam. Terima kasih atas perkongsian bahan dan ilmu. Semoga cikgu sentiasa dirahmati Allah S.W.T dan dipermudahkan segala urusan…mohon izin menggunakan bahan-bahan pdp di sini..terima kasih.

  15. Hamidah

    Salam..cikgu, izinkan saya menggunakan bahan-bahan yang cikgu paparkan di laman bahasa cikgu ini…saya diamanahkan untuk mengajar subjek Bahasa Melayu..terima kasih banyak-banyak cikgu..

  16. CIKGU IDA PS

    TERIMA KASIH KEPADA CIKGU KERANA BLOG INI BANYAK MEMBERI MANFAAT KEPADA SAYA YANG BARU MENGAJAR BM WALAUPUN BUKAN OPSYEN. SYABAS DIUCAPKAN ATAS USAHA CIKGU INI.

  17. saleh

    terima kasih banyak2 cikgu kerana bnyk membantu. sy bidang ekonomi tetapi diarahkan mengajar BM. blog ini bnyk membantu sy.. sy akan cb guna sebaik mungkin.. terima kasih bnyk2

  18. mahizan aziz

    Assalamualaikum…terima kasih kerana perkongsian ilmu ini. Saya mohon kebenaran drpd cikgu untuk saya gunakan bahan ini. Moga cikgu terus berjaya.

  19. sharifah

    Assalam…syukran diatas perkongsiaan ilmu tuan… semoga Allah S.W.T merahmati…. cadangan saya 1) pemilihan warna dan tulisan Power point yang lebih menarik

  20. Elizabeth

    Selamat pagi tuan.Tahniah atas usaha murni tuan ini. Banyak ilmu yang berguna.Saya suka laman tuan ini. Izinkan saya guna bahan-bahan ini.Terima kasih

  21. faridah

    Assalamualaikum. T.kasih atas perkongsian ilmu.Sy baru diarah mengajar bahasa.Izinkan sy menggunakan bahan-bahan dari blog cikgu. T.kasih

  22. haja

    Alhamdulillah dipertemukan dalam blog ni..
    banyak sangat membantu saya..
    mohon untuk download segala rpt ,rph dan nota2 dalam ni…

  23. Rosmah Md Daron

    Assalamualaikum Cikgu Shamsudin,

    Saya menggunakan nota-nota yang ada dalam laman cikgu untuk rujukan saya dan pelajar-pelajar.

    Terima kasih cikgu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s