PBS – Band 6

Assalamualaikum w.b.t….

Semua sudah sedia maklum, pentaksiran PBS versi baharu ini melibatkan pemberian band satu hingga band enam.  Band asas iaitu Band 1 hingga Band 3, kebanyakan murid dapat mencapaikan dengan mudah. Band 4 hingga Band 6 merupakan tahap pencapaian yang lebih tinggi dan kemungkinan ada murid yang tidak dapat menguasainya.  Band 4 (Tahu, Faham, dan boleh buat dengan beradab), Band 5 (Tahu, Faham, dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji), Band 6 (Tahu, Faham, dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali). Apabila Band semakin meningkat, kriterianya semakin bertambah sukar untuk dicapai. Sebagai seorang murid, cuba anda bayangkan kedudukan diri anda sendiri. Anda mungkin boleh Tahu, boleh Faham dan boleh Buat. Tetapi cuba bayangkan kekuatan maksud Beradab, Beradab Terpuji dan Beradab Mithali. Adakah anda mampu mencapainya? Istilah inilah yang membezakan pencapaian antara Band 4 hingga Band 6.

Persoalannya ialah terdapat dalam kalangan ibu bapa yang masih kurang jelas lagi dengan perkara ini. Ibu bapa masih mempertikaikan keputusan yang diberikan oleh guru-guru,  sehingga timbul soalan ” Mengapa anak saya tak dapat band 6″? “Mengapa anak saya dapat band 3 saja”? “Mengapa anak saya subjek BM dapat band 6 tapi subjek Matematik dapat band 3′?

Kita sebagai guru mungkin faham akan situasi yang berlaku ini kerana saban hari kita ‘bermain’ dengan band-band ini. Waris/ibu bapa mungkin tidak begitu faham lagi dengan konsep-konsep PBS. Sebagai seorang murid, tolong jelaskan kepada ibu bapa anda, apakah itu band 1, band 2 …… band 6.  Bukan semua murid akan mendapat band 5 atau band 6……. Harus diingat, guru-guru memegang amanah yang besar dalam soal pemberian band ini. Soal integriti harus diutamakan dalam memastikan mutu pendidikan di negara kita terus meningkat .

Fikir…fikirkanlah.  Terima Kasih

Penulis.

TAHUN BARU 2013

Assalamualaikum w.b.t

Tahun 2012 telah meninggalkan kita dan kini tahun 2013 telah menjengah tiba.

Teruskan kecemerlangan anda pada tahun 2013 agar segala kekurangan pada tahun lalu dapat ditambah baik tahun ini.

Laman Bahasa.

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2012

Assalamualaikum w.b.t,

Saya ingin mengambil kesempatan di sini mengucapkan SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM khas untuk calon-calon SPM tahun ini. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh agar kejayaan dalam peperiksaan ini menjadi milik anda.

Andalah yang akan menentukan kejayaan diri sendiri. Berusahalah dan selebihnya serahkan kepada Allah yang maha esa.

SELAMAT MAJU JAYA.

Sekian,

Wassalam.

Ikhlas daripada CIKGU SAMSUDIN.

SOALAN PERCUBAAN SPM 2012

Assalam,

Nampaknya banyak lagi koleksi soalan percubaan spm negeri-negeri di Malaysia yang saya belum dapat untuk dimuat naik ke dalam blog ini. Kadang-kadang blog atau laman sesawang yang ada tidak boleh dimanfaatkan sepenuhnya kerana beberapa masalah yang nampak menyulitkan kita. Ada soalan yang dimuat naik tidak berkualiti atau kekadang sukar untuk dimuat turun kerana…….?

Oleh itu, sekiranya anda mempunyai koleksi soalan-soalan tersebut dan ingin dikongsi di blog ini bolehkan e-melkan soalan itu kepada saya di alamat bpjsp04@yahoo.com atau poskan ke alamat Samsudin bin Sarif, SMK Kepala Batas, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

InsyaAllah perkongsian anda itu akan dapat dimanfaat oleh semua guru dan bakal-bakal calon SPM.

Sekian, terima kasih.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1433 H

Assalamualaikum w.b.t

Saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua pengunjung laman bahasa, semoga semua amalan kita sepanjang bulan Ramadan diterima Allah swt. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan sepanjang mengendalikan laman bahasa ini.

SELAMAT HARI RAYA

Maaf zahir dan batin

SOLAT JEMAAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

SEORANG professor fizik di Amerika Syarikat (AS) membuat satu kajian kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Berdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih dan lesu selepas melakukan kegiatan seharian.
Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita.
Ketika solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan di kanan kita, akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh.
Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Beliau berkata, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam.
Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan tubuh badan yang penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.
Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh badan yang sudah digunakan.
Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.
Keadaan sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ia menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.
Seperti solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.
Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan dalam fikiran professor itu mengenai solat Isyak yang dikerjakan sebanyak empat rakaat.
Secara logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan kegiatan dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Selepas kajian lanjut dilakukan , didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak.
Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.
Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).
Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.
Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam semesta ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam. Sumber Informasi.

SELAMAT BERPUASA.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dari Abu Hurairah r.a, Sabda Rasulullah s.a.w “Apabila datangnya Ramadan, dibuka segala pintu syurga, ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.” Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasaie, Ahmad dan Baihaqi.

Saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa, semoga amalan kita pada bulan Ramadan ini mendapat ganjaran berlipat kali ganda. Insya-Allah.

SELAMAT BERPUASA.

SELAMAT HARI GURU

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat Hari Guru kepada semua guru di seluruh Malaysia, semoga anda semua ceria dan bahagia selalu.

‘GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA’

KEPUTUSAN SPM 2011

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini, 21 Mac 2012, keputusan peperiksaan SPM telah diumumkan. Sekalung tahniah kepada seluruh calon SPM 2011 yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Tahniah juga kepada pihak sekolah yang berusaha bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan anak didik masing-masing. Kepada calon SPM yang berjaya mendapat keputusan A+ untuk semua mata pelajaran, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kerana anda tergolong dalam kalangan orang yang sangat cemerlang. Yang kurang bernasib baik, janganlah bersedih kerana anda masih muda dan mempunyai peluang lagi untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik. 

Tahniah sekali lagi khas untuk calon SPM 2011 yang mendapat keputusan cemerlang terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Teruskan kecemerlangan anda untuk memartabatkan bahasa Melayu.

BAHASA JIWA BANGSA.

PENGGUNAAN ‘SALAM’ YANG BETUL

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

(Saya telah menerima e-mel dari seorang rakan yang mengingatkan kita tentang penggunaan salam yang betul)

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN “SALAM”? Apakah maksud disebaliknya?

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:”Salam
(selamat tinggal)”. Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

Oleh itu adalah baik gunakan, ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH…

Ilmu untuk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhiwabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan – “Assalamualaikum” dan…Jawab salam – “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, ASSALAMUALAIKUM saya pada ASHREE ye” …
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer” dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer”.

Kata-kata ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan! Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum”
dengan “A’kum” dalam SMS atau apa-apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sama-samalah kita mengingatkan rakan-rakan yang selalu sangat guna perkataan “A’kum” dalam SMS ataupun e-mel. Perkataan ‘AKUM’ ialah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG’ dalam Bahasa Ibrani iaitu singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT’.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar ‘shortform’ “A’kum”, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum”. Jangan guna “A’kum” kerana”A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi. Jangan guna “Semekom” kerana”Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan” As Salam” sebagai singkatan bagi”Assalammualaikum.”

Sama-samalah kita saling mengingat sesama Islam agar dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dan dosa.

Sekian, semoga ada manfaatnya.