Month: August 2015
SOALAN PERCUBAAN SPM DAN PERCUBAAN PT3 2015
Assalamualaikum wbt.
Saya dalam proses untuk mengumpulkan koleksi soalan percubaan untuk SPM dan PT3 tahun 2015. Soalan-soalan tersebut akan dimuat naik dalam laman bahasa dan boleh dikongsi bersama-sama. Oleh hal yang demikian, saya amat berbesar hati sekiranya tuan/puan boleh berkongsi soalan tersebut untuk manfaat kita bersama.
Sekiranya tuan/puan mempunyai soalan tersebut bolehlah e-melkan kepada saya. Alamat e-mel saya ialah bpjsp04@yahoo.com
Tuan/puan boleh meng-e-melkan kepada saya apa-apa sahaja soalan percubaan, sama ada soalan percubaan bersama (negeri/daerah/zon) ataupun soalan percubaan peringkat sekolah masing-masing. Sumbangan tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga soalan-soalan ini akan dapat dimanfaatkan oleh orang lain dan seterusnya dapat meningkatkan lagi kecemerlangan subjek Bahasa Melayu SPM.
Sekian, terima kasih.
Cikgu Samsudin bin Sarif
SEMINAR SPM A+ BAHASA MELAYU DAN SEJARAH
Gambar-gambar sekitar seminar yang berlangsung pada 9 Ogos 2015 di USM, Pulau Pinang.
Penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta seminar, termasuklah guru-guru yang sanggup menunggu sehingga seminar selesai. Semoga usaha anda ini akan membuahkan kecemerlangan.
Terima kasih.