RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT)
Definisi:
Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. (SPI Bil. 3/1999)
Ciri utama RPT:
a. Berdasarkan Sukatan Pelajaran.
b. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran.
c. Merangkumi sepanjang tahun.
d. Diolah mengikut kesesuaian kelas dan tahap pencapaian murid.
e. Disusun berdasarkan takwim sekolah.
Perkara dalam Lajur Rancangan Pelajaran Tahunan
a. Kelompok : Masa pelaksanaan (tiga hingga empat minggu)
b. Tema dan tajuk.
c. Hasil Pembelajaran Khusus (HPK)
d. Sistem Bahasa dan Pengisian Kurikulum.
e. Catatan :
- peperiksaan / ujian bulanan
- cuti sekolah
- program / aktiviti sekolah
- laman web
- bahan bantu belajar/mengajar, lembaran pengurusan grafik (LPG).
- hari sukan dan yang lain-lain.