RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH)
Definisi:
Rancangan Pelajaran harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai. (SPI Bil. 3/1999)
Perkara dalam Rancangan Pelajaran Harian
a. Tarikh
b. Hari
c. Waktu
d. Tingkatan
e. Mata Pelajaran
f. Tajuk
g. Objektif / Hasil Pembelajaran
h. Aras
i. Nilai Murni
j. Kandungan
k. Aktiviti
l. Impak / refleksi.
Ulasan Ringkas Perkara dalam RPH
1. Objektif / Hasil Pembelajaran
- dinyatakan secara khusus (HPK)
- merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran
- menggunakan ayat sendiri
- objektif dibina dengan merujuk kepada HPK
- objektif jelas dan dapat diukur
- satu daripada objektif berkaitan dengan pengajaran sistem tatabahasa.
- bersesuaian dengan tajuk.
2. Aras
- kemahiran berbahasa yang meliputi Aras 1, Aras 2 dan Aras 3 (rujuki HSP)
3. Nilai Murni
- berfokuskan satu nilai atau lebih
- meliputi aspek peribadi, keluarga, masyarakat, negara atau global.
4. Kandungan
- berkaitan dengan sistem bahasa yang berfokuskan pengajaran dan pembelajaran (P dan P)
- kandungannya terdiri daripada tatabahasa (morfologi, sintaksis, fonetik dan fonologi, semantik)
- sebutan dan intonasi juga merupakan sebahagian daripada sistem bahasa
5. Aktiviti
- proses P dan P bertujuan untuk mencapai objektif.
- perlu ditulis secara ringkas dan padat.
- merangkumi set induksi, perkembangan langkah dan penutupan.
- set induksi bertujuan untuk menarik minat pelajar terhadap P dan P.
6. Impak / refleksi
- penilaian atau pengukuran dalam pencapaian objektif P dan P.
- penilaian guru terhadap prestasi P dan P yang telah dijalankan.
- menjadi asas perancangan P dan P seterusnya.
- impak ialah kesan yang diharapkan tercapai (objektif)
- refleksi ialah penilaian guru terhadap P dan P yang telah dijalankan.
March 3, 2014 at 4:00 am
I don’t even know how I ended up here, but I thought
this post was good. I do not know who you are but definitely you’re
going to a famous blogger if you aren’t already 😉 Cheers!