Month: March 2012

KEPUTUSAN SPM 2011

Posted on

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini, 21 Mac 2012, keputusan peperiksaan SPM telah diumumkan. Sekalung tahniah kepada seluruh calon SPM 2011 yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Tahniah juga kepada pihak sekolah yang berusaha bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan anak didik masing-masing. Kepada calon SPM yang berjaya mendapat keputusan A+ untuk semua mata pelajaran, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kerana anda tergolong dalam kalangan orang yang sangat cemerlang. Yang kurang bernasib baik, janganlah bersedih kerana anda masih muda dan mempunyai peluang lagi untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik. 

Tahniah sekali lagi khas untuk calon SPM 2011 yang mendapat keputusan cemerlang terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Teruskan kecemerlangan anda untuk memartabatkan bahasa Melayu.

BAHASA JIWA BANGSA.