DIARI HIDUP

Assalamualaikum,

Saya sering mengikuti laman-laman sosial yang kian digemari akhir-akhir ini. Pelbagai pandangan dan luahan perasaan diungkapkan untuk dikongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Semua orang kenal FB, TWITTER dsbnya. Bahasa rojak semakin berleluasa. Bahasa laman sosial semakin menggila dan keaslian bahasa Melayu semakin parah. Saya rasa keparahan bahasa kita dalam laman sosial semakin menjadi-jadi sehinggakan kadang-kadang kita tidak faham akan perkataan yang dinyatakan. Bagaimanakah generasi seterusnya hendak memartabatkan bahasa ini?

Kalau dulu, kita akan mencatatkan perjalanan hidup atau peristiwa penting di dalam DIARI. Diari ini akan disimpan rapi agar tidak dibaca oleh orang lain. Tapi, anda boleh saksikan pada hari ini tiada lagi rahsia peribadi yang disimpan di dalam diari. Semuanya diceritakan kepada orang lain. Bermula mata dibuka pada awal pagi sehingga mata dipejam pada malam hari, semuanya hendak diceritakan kepada sahabat-sahabat alam maya. Hinggakan kisah yang terlalu peribadi juga hendak dijaja untuk tatapan orang ramai!

Dunia oh dunia. Perkembangan teknologi telah merubah segalanya.

APA KOMEN ANDA?

2 thoughts on “DIARI HIDUP

  1. norhanis shuhada azmi

    as salam cikgu..terima kasih kerana telah mewujudkan blog ini..banyak info yang saya boleh perolehi di sini..halalkan nota2 yg saya download di sini..saya gunakannya untuk kegunaan anak2 murid saya..tambahan pula saya bukan kos bahasa..tq bnyk2 cikgu..saya akan selaluu kunjungi laman cikgu ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s