Month: January 2012
DIARI HIDUP
Assalamualaikum,
Saya sering mengikuti laman-laman sosial yang kian digemari akhir-akhir ini. Pelbagai pandangan dan luahan perasaan diungkapkan untuk dikongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Semua orang kenal FB, TWITTER dsbnya. Bahasa rojak semakin berleluasa. Bahasa laman sosial semakin menggila dan keaslian bahasa Melayu semakin parah. Saya rasa keparahan bahasa kita dalam laman sosial semakin menjadi-jadi sehinggakan kadang-kadang kita tidak faham akan perkataan yang dinyatakan. Bagaimanakah generasi seterusnya hendak memartabatkan bahasa ini?
Kalau dulu, kita akan mencatatkan perjalanan hidup atau peristiwa penting di dalam DIARI. Diari ini akan disimpan rapi agar tidak dibaca oleh orang lain. Tapi, anda boleh saksikan pada hari ini tiada lagi rahsia peribadi yang disimpan di dalam diari. Semuanya diceritakan kepada orang lain. Bermula mata dibuka pada awal pagi sehingga mata dipejam pada malam hari, semuanya hendak diceritakan kepada sahabat-sahabat alam maya. Hinggakan kisah yang terlalu peribadi juga hendak dijaja untuk tatapan orang ramai!
Dunia oh dunia. Perkembangan teknologi telah merubah segalanya.
APA KOMEN ANDA?
INTERLOK vs KONSERTO TERAKHIR
Rentetan penggunaan novel komsas ZON 2 (Selangor, W.P KL dan Putrajaya, N.Sembilan).
Apakah yang sebenarnya berlaku?
2012 TELAH TIBA.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tahun 2012 menjengah tiba dan 2011 telah meninggalkan kita. Adakah 2011 telah menjadi tahun yang terbaik dalam hidup kita? Ataupun tahun 2011 merupakan tahun kegagalan dalam hidup kita? Sekiranya tahun 2011 menjadi tahun terbaik sepanjang hidup kita, pastikan tahun ini (2012) menjadi lebih baik lagi. Dan sekiranya tahun 2011 merupakan tahun kegagalan dalam hidup, pastikan tahun ini (2012) kita tidak lagi gagal.
Selamat tahun baru 2012.