Day: November 14, 2011

SELAMAT MAJU JAYA – SPM 2011

Posted on

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam penuh takzim untuk semua calon SPM 2011, mudah-mudahan kalian semua dapat menjawab soalan SPM tahun ini dengan jayanya. Musim SPM sudah bermula dan minggu hadapan musim cuti sekolah akan berlangsung sehinggalah awal Januari 2012. Kepada semua calon SPM tahun ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM, dan pesanan saya supaya kalian semua menjawab dengan hati-hati dan berusahalah untuk mengecapi kejayaan dalam peperiksaan ini. Ingatlah bahawa ‘Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’. Selain berusaha, banyak-banyaklah berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t.

Selamat Maju Jaya.