GURU SAHAJA YANG TAHU…

السلام عليكم ورحمة اللهوبركاته

Banyak lagi foto menarik akan dimuat naik ke dalam blog ini. Cuma diminta para pengunjung bersabar kerana muat turun foto memerlukan masa yang agak panjang. Al-maklumlah sekarang ni bulan puasa dan masa terluang agak terhad. Ditambah lagi dengan tugas baharu guru-guru di Malaysia yang terkini iaitu program Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Banyak guru yang tertekan kerana sistem ini amat-amat-amat perlahan dan tidak dapat digunakan ketika sesak. Banyak masa dihabiskan di depan komputer tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana ‘trafik jam’ angkara sistem yang dibina tidak dapat ditembusi. Kenapakah sistem yang masih terlopong di sana sini mula digunakan? Kenapakah pihak yang berkenaan tidak memastikan sistem ini benar-benar sempurna dan barulah diarahkan semua guru menggunakannya? Sistem secara atas talian jika diakses oleh beribu-ribu guru serentak!!!…. Memang menyesakkan! Sedar atau tidak, pada masa ini memang banyak sistem atas talian yang terpaksa guru-guru gunakan. Setiap tahun ada-ada sahaja sistem baharu yang diperkenalkan. Pendaftaran Calon UPSR, PMR dan SPM, EMIS, HRMIS, SAPS dan pelbagai lagi dibebani atas pundak guru-guru. Beban kerja semakin bertambah. Manakah jawatankuasa mengkaji beban kerja guru yang ditubuhkan? Apakah cadangan untuk mengurangkan beban kerja guru yang semakin bertambah? Apakah kesannya terhadap P&P di dalam kelas? Bagaimanakah pula dengan sikap sesetengah pengetua yang terus ‘menekan’ guru-guru untuk melakukan itu dan ini? Hanya seorang guru sahaja yang dapat menjawab semua persoalan ini. Bukannya ibu bapa, ahli politik, waima menteri sekalipun!

Saya masih terfikir-fikir, kenapakah kerajaan tidak mewujudkan jawatan baharu di sekolah yang mungkin dikenali sebagai Pegawai Sistem Maklumat atau Pegawai Data atau apa-apa pegawai yang bukan guru menguruskan semua sistem ini. Kita tidak mahu tugas hakiki guru iaitu mengajar menjadi semakin ‘kurang ajar’ kerana banyak melakukan tugas lain. Bilakah masanya guru-guru berpeluang menyemak latihan murid, menyemak kertas ujian/peperiksaan, mengadakan kelas tambahan, mengambil berat tentang pelajaran murid dan sebagainya. Hanya guru-guru sahaja yang tahu masalah ini!!! Bagaimanakah pula halnya dengan keluarga guru-guru itu sendiri? Masa berkualiti bersama keluarga! Jarang-jarang sekali! Melihat kerja rumah anak-anak sendiri, kadang-kadang sahaja!

Kita sebagai guru biasa hanyalah dapat mengeluh dan tidak dapat berbuat apa-apa. Kita juga mungkin tidak lagi dapat menjadi seperti guru-guru dahulu. Pada era 80-an, guru-guru amat dedikasi dan komited dengan tugas mereka di sekolah. Siapa tidak kenal atau tidak ingat guru-guru kita dahulu. Siapa tidak takut dengan guru disiplin sekiranya melakukan kesalahan. Siapa tidak ingat guru Matematik yang amat garang dahulu. Era tahun 2000, di manakah kedudukan guru disiplin, guru Matematik yang garang atau yang seangkatan dengannya!

Saya tidak menafikan, pada masa ini masih ramai guru yang komited dan dedikasi. Tetapi komited dan dedikasi guru-guru kini agak terbatas dek tugas-tugas lain yang menghuru-harakan komited dan dedikasi guru-guru. Guru-guru sekarang……(guru sahaja yang tahu!).

Fikir fikirkanlah, dan selamat beramal di bulan Ramadan.

Wassalam

Jumpa lagi… selamat berpuasa.

3 thoughts on “GURU SAHAJA YANG TAHU…

  1. السلام عليكم ورحمة اللهوبركاته
    Betul tu Cg Din.Hanya guru sahaja yang tahu, betapa terbebannya kerjas guru hari ini. Bukan ingin merungut, tapi hakikat ternyata di depan mata. Laporan Rahman Arshad yang mengkaji beban tugas guru sehingga kini tak pernah di bentang-bentang. Ada suatu ketika, diberitakan bahawa guru-guru akan dibantu oleh pembantu guru. Apa dah jadi? Tak dengar-dengar lagi cerita nak meringankan beban tugas guru. Yang ada guru tambah terbeban dengan tugas baru iaitu SAPS (Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah). Sudahlah dua tiga kali guru-guru kena masukkan maklumat, dalam keadaan sistem atas talian yang begitu “degil” dan ” tidak peramah” langsung. Bayangkan untk mengisi markah bagi satu-satu kelas mengambil masa melebihi satu jam. Alahai SAPS….. bila lagi agaknya wujud bila lagilah akan ada insan yang betul-betul prihatin akan nasib guru-guru ini.

  2. Tahniah cikgu…anda memang kreatif dan innovatif dengan blog ini..

    Memang berat dan besar tanggungjawab seorang guru..apa lagi dengan beban tugas dan generasi yang sangat berbeza dengan kita dahulu…kita sebagai guru di bawah KPM terpaksa bekerja berhabis-habisan…bukan lagi sekadar yang mampu…memang banyak yang dikorbankan…walau apa pun..inilah dugaan…cabaran guru sekarang…jangan lemah jiwa..teruskan tugas murni kita…kerana tanggunjawab dan amanah itu lebih utama..untuk mendidik anak bangsa…namun guru-guru jagalah kesihatan dan keluarga….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s