Kemahiran Interpersonal: PERKARA SERIUS

Kemahiran interpersonal berfokus kepada keupayaan pelajar berkomunikasi berasaskan bahasa dengan menggunakan kata, frasa, rangkai kata, ungkapan, dan ayat yang betul dan tepat secara bertatasusila untuk mengekalkan hubungan melalui perkongsian idea semasa berinteraksi sosial atau berurusan untuk tujuan komersial (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Memandangkan aspek hubungan interpersonal sangat penting di kalangan pelajar, bidang ini sangat ditekankan dalam sukatan kurikulum Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kemahiran interpersonal ialah berinteraksi, memberikan pendapat, berunding, membuat pertimbangan, memujuk, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).

Saudara dan saudari,

Saya mempunyai beberapa persoalan berhubung dengan kemahiran interpersonal dalam kalangan murid,

1. Adakah saudara/i memberikan penekanan terhadap kemahiran interpersonal ketika p&p?   ATAU

Saudara/i hanya memberikan tumpuan untuk menghabiskan sukatan pelajaran agar murid-murid lulus cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

2. Berapa peratus guru-guru MP Bahasa Melayu memupuk aspek-aspek interpersonal ketika proses P&P di dalam kelas.

3. Adakah murid-murid saudara/i menunjukkan penguasaan terhadap kemahiran interpersonal?

Berdasarkan kepada situasi semasa, diperhatikan bahawa banyak murid tidak menunjukkan kemahiran interpersonal ketika berurusan dengan pihak lain. Walaupun murid itu dikategorikan sebagai murid cemerlang, namun aspek kemahiran interpersonal ini kurang diberikan penekanan menyebabkan mereka tidak dapat berurusan atau berinteraksi mengikut tatasusila yang sebenarnya.

4. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Guru atau murid atau ibu bapa?

Walhal, aspek kemahiran interpersonal merupakan hasil pembelajaran utama yang seharusnya diberikan penekanan sejak di bangku sekolah rendah lagi terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Saudara/i, fikirkanlah perkara ini.

Kita mahu melahirkan murid yang cemerlang dalam akademik di samping bertatasusila, beradab ketika bertutur, dan berupaya mengunakan tutur kata yang sopan dan sesuai dengan situasi. Inilah harapan semua rakyat Malaysia agar generasi muda pada hari ini (semakin membimbangkan) dapat menjadi manusia yang seimbang dalam pelbagai aspek.

Penulis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s