PBS – Band 6

Assalamualaikum w.b.t….

Semua sudah sedia maklum, pentaksiran PBS versi baharu ini melibatkan pemberian band satu hingga band enam.  Band asas iaitu Band 1 hingga Band 3, kebanyakan murid dapat mencapaikan dengan mudah. Band 4 hingga Band 6 merupakan tahap pencapaian yang lebih tinggi dan kemungkinan ada murid yang tidak dapat menguasainya.  Band 4 (Tahu, Faham, dan boleh buat dengan beradab), Band 5 (Tahu, Faham, dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji), Band 6 (Tahu, Faham, dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali). Apabila Band semakin meningkat, kriterianya semakin bertambah sukar untuk dicapai. Sebagai seorang murid, cuba anda bayangkan kedudukan diri anda sendiri. Anda mungkin boleh Tahu, boleh Faham dan boleh Buat. Tetapi cuba bayangkan kekuatan maksud Beradab, Beradab Terpuji dan Beradab Mithali. Adakah anda mampu mencapainya? Istilah inilah yang membezakan pencapaian antara Band 4 hingga Band 6.

Persoalannya ialah terdapat dalam kalangan ibu bapa yang masih kurang jelas lagi dengan perkara ini. Ibu bapa masih mempertikaikan keputusan yang diberikan oleh guru-guru,  sehingga timbul soalan ” Mengapa anak saya tak dapat band 6″? “Mengapa anak saya dapat band 3 saja”? “Mengapa anak saya subjek BM dapat band 6 tapi subjek Matematik dapat band 3’?

Kita sebagai guru mungkin faham akan situasi yang berlaku ini kerana saban hari kita ‘bermain’ dengan band-band ini. Waris/ibu bapa mungkin tidak begitu faham lagi dengan konsep-konsep PBS. Sebagai seorang murid, tolong jelaskan kepada ibu bapa anda, apakah itu band 1, band 2 …… band 6.  Bukan semua murid akan mendapat band 5 atau band 6……. Harus diingat, guru-guru memegang amanah yang besar dalam soal pemberian band ini. Soal integriti harus diutamakan dalam memastikan mutu pendidikan di negara kita terus meningkat .

Fikir…fikirkanlah.  Terima Kasih

Penulis.

About these ads

One response

  1. muhammad akbar bin jaini | Reply

    nak ambil latar belakang dan gambar penulis macam mana

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 143 other followers

%d bloggers like this: